Thursday, 21 May 2015

Modul kami...

Penyataan Masalah…


     Kampus UiTM Puncak Alam adalah khusus bagi pelajar bumiputera. Namun begitu, kadangkala wujud juga kelompok di kalangan pelajar, kelompok yang membezakan mereka seperti negeri asal dan juga kampus sebelumnya. Adakalanya terdapat pelajar yang tidak memahami bahasa atau dialek oleh pelajar yang asalnya dari negeri yang berbeza, seperti dialek unik terutamanya dari Sabah dan Sarawak.


Malaysia kekal aman dan makmur dengan kepelbagaian budaya

     Jadi, mereka lebih memilih untuk berkawan dengan pelajar yang asalnya dari negeri yang sama kerana mereka lebih memahami antara satu sama lain dan memudahkan bahasa percakapan harian mereka jika dibandingkan dengan pelajar yang datang dari negeri yang berbeza. Sikap berkumpulan ini perlu dikurangkan agar dapat mewujudkan semangat kekitaan dan pergaulan yang sihat diantara pelajar tanpa wujudnya jurang perbezaan. Penggunaan dialek yang berbeza ini juga kadang kala menjadi faktor penghalang dalam penyampaian maklumat atau wujudnya kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu penyampaian maklumat. 

Nilai dan falsafah modul 


  • Mengamalkan permuafakatan antara para pelajar UiTM     Puncak Alam walaupun asalnya dari negeri yang berbeza. 
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan dikalangan para   pelajar. 
  • Melahirkan pelajar yang mudah menerima perbezaan dan bertoleransi antara satu sama lain. 

Prosedur modul 


     Responden dikehendaki menyediakan satu buku nota kecil bagi mengumpul/mencatatkan dialek yang belum mereka ketahui sebagai panduan untuk mereka berkomunikasi kelak. Setiap perkataan baharu yang didengari dan dipelajari oleh mereka haruslah dicatitkan di dalam buku tersebut sekurang-kurangnya sehari satu perkataan. Secara tidak langsung mereka akan mudah memahami walaupun dialek berbeza yang digunakan dalam pertuturan seharian. Selain daripada untuk memahami dialek, nilai murni juga dapat diterapkan seperti menghormati dan menerima rakan-rakan lain yang berbeza latar belakang. Modul ini juga dapat menanamkan sifat keterbukaan dan tidak berkelompok. 

Responden

  • Lima pelajar dari UiTM Puncak Alam (ahli kumpulan kami) 
  • Beberapa orang pelajar UiTM Puncak Alam yang berasal dari negeri yang berbeza-beza dan mempunyai dialek atau bahasa yang berlainan dan unik. 


Keberkesanan modul… 


         Van Linschotten merupakan seorang sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18, menurut beliau, Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya malah diangkat sebagai bahasa yang sangat dihormati antara bahasa-bahasa di timur dan sesiapa yang tidak tahu bahasa Melayu di Kepulauan Melayu akan dibandingkan dengan orang yang tidak tahu bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. 

         Di Malaysia terdapat dialek-dialek tertentu yang masih diguna pakai. Antara sebab-sebab kewujudan dialek adalah faktor-faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa dan seumpamanya. Contoh faktor politik dapat dilihat pambahagian negara ini kepada unit-unit politik kecil yang melahirkan negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan.  Kesannya adalah ia telah menimbulkan pelbagai jenis dialek. Selain itu, dialek-dialek tempatan yang ada terutamanya di sekitar Semenanjung Malaysia ialah variasi daripada bahasa Melayu. 



        Mempelajari bahasa atau dialek baru adalah satu aktiviti yang mudah dan menyeronokkan sekiranya individu itu benar-benar berkehendakkan ilmu tersebut. Melalui modul yang kami jalankan, kami mendapati modul yang kami jalankan sangat berkesan kepada kami kerana kami sudah dapat memahami dan mempraktikkan bahasa-bahasa yang kami pelajari sepanjang modul ‘Bok kamek tauk?’ ini. Kami juga dapat mempraktikkan perkataan-perkataan yang kami pelajari ini untuk menjadikan satu perkataan yang lebih panjang. Selain berupaya bertutur dalam bahasa itu, kami sekumpulan juga dapat memahami budaya dan adat sesuatu kaum, yang sekali gus merapatkan jurang perbezaan.    



Latar belakang sumber bahasa/dialek… 


Sarawak

Antara etnik di Sarawak

Terdapat 3 asal-usul mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu. Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Kedua adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname) dan akhir sekali berasal dari Bangsa Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. 

Sabah

Sabah, negeri di bawah bayu

Sabah, negeri di Bawah Bayu adalah sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Sabah adalah negeri yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur.  Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. 

Jawa Malaysia 

Tarian Jawa

Masyarat jawa yang menetap di Malaysia telah menjadi warga negara Malaysia sejak lama dahulu. Mereka datang sekitar tahun 1900 kerana tekanan ekonomi. Masyarakat Jawa di Malaysia ini sudah masuk ke generasi ketiga dan keempat. Walaupun masih menggunakan sebahagian adat dan kebudayaan Jawa, mereka sudah dianggap Melayu pribumi yang sah sesuai undang-undang Malaysia. Kebanyakkan mereka tinggal di Selangor, terutama di kawasan Tanjung Karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Banting, dan Sepang. Selain itu, di Johor juga terdapat masyarakat Jawa disana. 

Orang Asli Jakun

Orang Asli Jakun

Orang Asli Jakun juga dikenali Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan mereka adalah di pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka berpindah ke semenanjung tanah melayu kira-kira 5000 tahun yang lalu. Mereka mempunyai dialek tersendiri dan ianya sangat unik.


Kelantan

Kelantan...

Nama "Kelantan" dikatakan daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.  Keunikannya dialek Kelantan terserlah melalui istilah dan makna sesebuah perkataan yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberi perbezaan berbanding dengan  bahasa baku yang ada di Semenanjung.  Terdapat juga perkataan yang tiada dalam dialek melayu tetapi ada pada dialek Kelantan.  



Perjalanan modul…apa kata kami?


          Modul kami ini adalah modul yang berlatar belakangkan ciri-ciri pluraliti di Malaysia. Sebelum kami menjalankan modul ini, kami tidak yakin kami dapat pelajari sesuatu bahasa dan dialek yang baru dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, setelah modul kami diluluskan oleh ustazah, kami mencari orang sumber untuk mempelajari bahasa asal negeri atau etnik mereka.

         Selama lebih kurang 2 bulan menjalankan modul, kami telah mencatitkan setiap perkataan yang diberi dan cuba mempraktikkannya bersama rakan sekumpulan. Kami berasa bangga dan teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baru. Kerjasama yang diberikan oleh orang sumber sangatlah baik dan sedikit sebanyak amat membantu kami dalam menjalankan modul ‘Bok kamek tauk?’ ini. 


Tetap bersatu dan harmoni


       Apabila tempoh yang diberikan untuk menjalankan modul telah tamat, kami sekumpulan berasa gembira kerana telah dapat menyiapkan modul yang kami rancang dan telah dapat input baru yang sangat berguna sebagai rujukan untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka. 

Kelebihan belajar bahasa mereka… 

      Antara kelebihan belajar bahasa dan dialek masyarakat yang ada di Malaysia ialah: 

Meningkatkan pemahaman mengenai masyarakat sekeliling.
Belajar bahasa baru memberikan kita kefahaman yang lebih besar. Malah dengan mempelajari satu ungkapan sahaja kita dapat mendalami pelbagai budaya menarik dan memahami perbezaan antara kita dan mereka. 

Dialek adalah istimewa. 
Dialek ibarat keistimewaan yang ada pada seseorang. Bagi yang bukan berasal dari ibu kota, perlu berasa bangga kerana boleh bertutur dalam banyak bahasa atau dialek. Dengan mempelejari bahasa mereka, kita juga dapat mengelakkan masalah komunikasi yang sering berlaku. 

Meningkatkan tumpuan dan kesihatan otak. 
Ini kerana kita akan meletakkan otak untuk mengenal pasti struktur bahasa baru ini. Kajian perubatan juga telah menunjukkan kesan positif pembelajaran bahasa kedua terhadap otak. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa kedua dengan ketara melambatkan permulaan pelbagai penyakit seperti Alzheimer dan Demensia berbanding dengan mereka yang hanya boleh bercakap bahasa ibunda mereka.




Cabaran dan masalah ketika mengendalikan modul ini..




Antara masalah yang dilalui ahli kumpulan kami ketika persiapan membina modul ini ialah kesukaran mencari responden atau orang sumber yang akan mengajar kami bahasa atau dialek mereka.  Ini kerana ada antara mereka adalah dari kalangan pelajar yang aktif dalam persatuan dan agak sibuk untuk berurusan dengan kami, sebagai penyelesaiannya kami mencari responden baru dari kalangan pelajar. Selain itu ialah masalah menyebut perkataan-perkataan baru yang kami dapat, penyelesaiaannya ialah kami meminta mereka mengulang semula perkataan yang mereka ungkapkan sehingga kami boleh bertutur dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment