Bok kamek tauk?
Tentang modul…‘Bok kamek tauk?’
Mungkin pembaca
tertanya-tanya apa itu ‘Bok kamek tauk?’.
‘Bok kamek tauk?’ adalah berasal dari perkataan Sarawak yang memberi
maksud ‘Boleh kami tahu?’ Kumpulan kami
telah mendapat tugasan untuk membangunkan modul berkenaan pluraliti masyarakat
Malaysia. Sepertimana yang kita tahu,
Malaysia sangat istimewa kerana kepelbagaian kaum dan etnik yang ada. Malaysia mempunyai 200 etnik setelah ditambah
dengan subetnik, bahasa dan dialek.
Kadangkala berlakunya
masalah komunikasi diantara rakyat tempatan termasuk kami sebagai golongan
pelajar yang juga mempunyai loghat dan dialek yang berbeza-beza. Modul kami akan memberi fokus kepada beberapa
dialek atau bahasa yang unik dan jarang kita pelajari seperti dialek Jawa
Malaysia, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Orang Asli Jakun.
Objektif modul kami…
Malaysia
merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf
baru ini dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan. Masyarakat majmuk di
Malaysia mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri.
Oleh itu, objektif modul kami adalah bagi merapatkan
silaturahim antara pelajar yang berasal daripada pelbagai negeri dan latar belakang. Selain itu, kami ingin pelajar lebih saling memahami bahasa penyampaian antara satu sama lain. Modul ini juga bagi mengelakkan berlakunya
salah faham dan wujudnya kolompok pelajar mengikut asal negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment