Assalamualaikum,
Alhamdulillah hirabbil’alamin, kami merafakkan
sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami
menyelesaikan tugasan modul ini dengan penuh jayanya.
Kami ingin
merakamkan penghargaan kepada Ustazah Mahfuzah binti Mohammed Zabidi di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu
kami sepanjang proses pembentukan modul ini daripada draf permulaan sehinggalah
selesai modul kami. Tanpa sumbangan dan
maklumat yang dikongsi bersama sudah pasti sukar bagi kami menyiapkan tugasan
ini.
Kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses modul kami berlangsung. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada orang-orang sumber yang telah sudi memberi input dialek kepada
kami. Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi kami motivasi dan
dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Modul ini telah
banyak membuatkan kami sedar kepentingan mempelajari bahasa atau dialek
masyarakat lain khususnya di Malaysia . Banyak kelebihan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai
bahasa atau dialek lain selain bahasa ibunda mereka. Kami berharap agar rakan-rakan diluar sana
dan pembaca akan mengikut jejak langkah kami untuk sama-sama belajar bahasa
atau dialek masyarakat Malaysia agar perpaduan dapat dieratkan lagi.
❝Those
who know nothing of foreign languages know nothing of their own.❞ - Johann Wolfgang
von Goethe
No comments:
Post a Comment