Tuesday, 21 April 2015

Bok kamek tauk dan objektifnya...

Bok kamek tauk?

Tentang modul…Bok kamek tauk?’

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa itu ‘Bok kamek tauk?’.  ‘Bok kamek tauk?’ adalah berasal dari perkataan Sarawak yang memberi maksud ‘Boleh kami tahu?’  Kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk membangunkan modul berkenaan pluraliti masyarakat Malaysia.  Sepertimana yang kita tahu, Malaysia sangat istimewa kerana kepelbagaian kaum dan etnik yang ada.  Malaysia mempunyai 200 etnik setelah ditambah dengan subetnik, bahasa dan dialek. 

Kepelbagaian budaya

Kadangkala berlakunya masalah komunikasi diantara rakyat tempatan termasuk kami sebagai golongan pelajar yang juga mempunyai loghat dan dialek yang berbeza-beza.  Modul kami akan memberi fokus kepada beberapa dialek atau bahasa yang unik dan jarang kita pelajari seperti dialek Jawa Malaysia, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Orang Asli Jakun.

Objektif modul kami…


Malaysia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan. Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri.

Oleh itu, objektif modul kami adalah bagi merapatkan silaturahim antara pelajar yang berasal daripada pelbagai negeri dan latar belakang.  Selain itu, kami ingin pelajar lebih saling memahami bahasa penyampaian antara satu sama lain.  Modul ini juga bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan wujudnya kolompok pelajar mengikut asal negeri masing-masing.

Monday, 20 April 2015

Sekapur sirih…


Assalamualaikum,


    Alhamdulillah hirabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyelesaikan tugasan modul ini dengan penuh jayanya.

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ustazah Mahfuzah binti Mohammed Zabidi di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan modul ini daripada draf permulaan sehinggalah selesai modul kami.  Tanpa sumbangan dan maklumat yang dikongsi bersama sudah pasti sukar bagi kami menyiapkan tugasan ini. 

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses modul kami berlangsung.  Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang-orang sumber yang telah sudi memberi input dialek kepada kami.  Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi kami motivasi dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. 

Modul ini telah banyak membuatkan kami sedar kepentingan mempelajari bahasa atau dialek masyarakat lain khususnya di Malaysia . Banyak kelebihan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa atau dialek lain selain bahasa ibunda mereka.  Kami berharap agar rakan-rakan diluar sana dan pembaca akan mengikut jejak langkah kami untuk sama-sama belajar bahasa atau dialek masyarakat Malaysia agar perpaduan dapat dieratkan lagi.

Those who know nothing of foreign languages know nothing of their own.❞  - Johann Wolfgang von Goethe